Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalam, saya nak tanya kerap kali saya bangun tidur mendapat ada tompokan cecair di seluar saya. Kuantitinya tak banyak hanya sekadar 2 titisan kecil sahaja. Saya cuba menghidu setelah terjaga dari tidur tapi tiada apa2 bau. Saya jadi was-was bolehkah air mandi terkeluar ketika tidur dalam kuantiti yang sedikit seperti itu? saya tidak ingat sama ada saya bermimpi basah setelah bangun tidur. sebelum ini sekiranya saya bermimpi basah, saya akan terjaga dari tidur semasa air mani keluar jadi saya yakin yang saya wajib mandi. Jadi sekarang, wajibkah saya mandi wajib kerana saya takut sy tak terjaga masa air mani keluar disebabkan saya tidur dalam keadaan yang badan begitu penat. apa yang harus saya lakukan?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan:
Salah satu daripada perkara yang mewajibkan mandi wajib adalah keluar air mani. Di antara tanda-tanda diwajibkan mandi wajib kerana keluar air mani apabila berlaku salah satu daripada perkara berikut:
Oleh itu, berdasarkan tanda-tanda di atas jika ianya berlaku maka air tersebut dikenali sebagai air mani dan perlu mandi wajib. Namun jika ia tidak melibatkan kepada tanda-tanda di atas, maka air tersebut bukan air mani dan tidak perlu mandi wajib.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.