BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya terpijak makanan kucing yang lembik. Saya was was adakah ini makanan kucing yang dimuntahkan atau tidak. Saya telah berjalan dengan makanan tersebut di kaki saya ke seluruh rumah. Apakah yang patut saya lakukan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أ له وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara asasnya, suatu bahan yang tidak diketahui secara pasti (yakin) kandungannya dihukum sebagai suci, melainkan setelah dapat dikenal pasti ia adalah najis atau mengandungi najis. Seandainya tidak dapat dipastikan atau sekadar sangkaan sahaja, maka ia diangap sebagai suci.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 39

message user image