BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikuam tuan mufti, saya nak bertanya, saya ada dua anak angkat , lelaki dan perempuan, saya sudah meyusukan anak angkat ini 25 kali kenyang dengan mengambil pil keluarkan susu , soalan saya , apakah hukum aurat anak saya dengan mak ayah saya, dan mak ayah belah suami saya ? Serta aurat mak dan bapa saudara belah saya dan suami .terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Penyusuan yang menyebabkan anak susuan itu menjadi mahram dengan puan adalah dengan memenuhi syarat berikut:

1. Anak yang disusukan itu belum mencapai usia dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

2. Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.

3. Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.

Maka anak susuan yang memenuhi syarat tersebut adalah menjadi mahram muabbad (selama-lamanya) kepada suami kepada ibu susuannya, datuk dan nenek daripada kedua-dua belah serta makcik dan pakcik daripada kedua-dua belah. Hal ini sabit berdasarkan hadis diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ

Maksudnya: Haram (berkahwin) disebabkan susuan itu, sama sebagaimana haram berkahwin disebabkan keturunan/ nasab. (Riwayat al-Bukhari)

Oleh yang demikian, status aurat bagi anak susuan adalah sama seperti anak sendiri kerana dikategorikan sebagai mahram muabbad. Sehubungan itu, kami lampirkan keputusan fatwa berkenaan perkara ini sebagai rujukan bagi pihak puan:

https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat-2/

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 47

message user image