BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum, saya ingin bertanyakan satu soalan, 

Ibu saya seorang pekerja dan mempunyai zakat simpanan tabung di rumah ( tabung untuk anak-anak) yang perlu diqadha' selama bertahun-tahun dan jumlahnya boleh mencapai beribu dan Ibu saya dalam proses ansuran membayarnya, tetapi saya sudah mencapai umur berdikari iaitu 19 tahun dan saya sedang cuti semester 3 bulan, adakah saya wajib untuk mencari kerja supaya sedikit sebanyak dapat membantu mencari wang untuk membantu ibu saya untuk menunaikan zakat yang perlu diqadha'kan yang sedang dalam ansuran itu?

Itu sahaja soalan saya, Terima kasihh 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد  

Membantu ibu atau bapa lebih - lebih lagi dalam melaksanakan kewajipan mereka merupakan perkara yang dianjurkan dan memenuhi maksud berbuat baik kepada kedua ibu bapa (birru al-walidain). Tidak diwajibkan ke atas tuan untuk mencari perkerjaan semata - mata untuk membantu ibu bagi menunaikan zakatnya, namun jika mampu untuk berbuat demikian ia merupakan perkara yang baik dan digalakkan. Firman Allah SWT dalam surah al-Israa' ayat ke 23;

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إحْسَانًا

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Dinasihatkan jika berhasrat untuk bekerja membantu ibu maka hendaklah meminta izin dan restunya terlebih dahulu dengan penuh hikmah. Sekiranya tidak diizinkan maka wajib batalkan hasrat tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 33

message user image