BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya saya kerap mengalami mimpi ngeri dimana ada waktunya ibu dan ayah saya terpaksa ada sekali tidur bersama diruang tamu baru tiada apa mimpi atau gangguan yang datang. Kebanyakkan mimpi menunjukkan satu tempat yang sama atau persekitaran kawasan tersebut dan adakala tersedar secara mengejut seakan ada sesuatu yang memeluk saya. 

Pertanyaan saya adakah ia berkaitan dengan gangguan atau ianya normal bagi sesetengah orang? Untuk makluman ustaz adakala mimpi itu memberi petunjuk (seakan memberi ramalan akan datang) tetapi saya mengabaikan dan enggan mengambil tahu perkara tersebut walaupun ada diantaranya menjadi kenyataan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Mimpi menurut Islam ada tiga. Mimpi yang baik merupakan berita gembira daripada Allah SWT, mimpi yang difikirkan manusia ketika berjaga dan mimpi yang menakutkan daripada gangguan syaitan. Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

‌الرؤيا ‌ثلاث: فبشرى من الله، وحديث النفس، وتخويف من الشيطان

Maksudnya: Mimpi itu ada tiga jenis. Mimpi merupakan berita gembira daripada Allah SWT, mimpi daripada fikiran manusia sendiri dan mimpi yang mengerikan daripada syaitan.

Bagi menjawab soalan yang diajukan, berdasarkan apa yang telah dilalui, boleh sahaja ianya adalah gangguan syaitan. Walau bagaimanapun ia tidak dipastikan setelah dilakukan pemeriksaan. Untuk mendapatkan kepastian, boleh rujuk kepada pakar perubatan Islam yang diyakini dan dipercayai untuk pemeriksaan lanjutan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 35

message user image