Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz. Pada suatu hari, saya telah bergaduh dengan suami. Selepas itu suami telah keluar rumah dan menelefon adik ipar dan memberitahu adik ipar akan jatuh talak jika saya keluar rumah. Adik ipar saya menelefon saya dan memberitahu tentang apa yang suami saya katakan. Saya bertanya pada suami, dia cakap lafaz taklik itu jika saya keluar rumah untuk ke mana-mana pada hari itu sahaja. Jadi saya tidak keluar rumah untuk ke mana-mana pada hari itu. Pada keesokkan harinya, kami keluar bersama ke kedai makan. Saya ingin bertanya, apakah status lafaz taklik tersebut? Terima kasih ustaz.
Jawapan
Status lafaz taklik tersebut adalah sepertimana yang suami puan maksudkan iaitu jika puan keluar rumah pada hari itu sahaja. Oleh kerana puan tidak keluar rumah pada hari itu, maka taklik tersebut telah pun luput dan talak tidak jatuh dengan sebab puan keluar ke kedai makan pada keesokan harinya.
Sekian, terima kasih.