Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..saya nak tanya,berdosakah sekiranya kita berangan- angan dengan orang lain walaupun kita sudah bersuami?mohon penjelasan.terima kasih.
Jawapan
Adalah berdosa sekiranya seorang isteri berangan-angankan orang lain lebih-lebih lagi jika perkara tersebut melibatkan perkara yang diharamkan seperti melakukan hubungan suami isteri dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya bagi seorang suami. Berangan-angan seperti ini adalah diharamkan kerana ia adalah suatu kemaksiatan. Ini kerana perbuatan itu dihukum berdasarkan kepada apa yang diniatkan, dan dalam perkara ini apa yang dibayangkan.
Hindarilah fikiran dengan angan-angan yang mudah dipalsukan oleh mata dan fikiran yang jahat. Hendaklah dielakkan angan-angan sedemikian dan isilah dengan angan-angan yang baik bersama suami dalam rumahtangga masing-masing.
Sekian, terima kasih.