BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Apakah batasan seorang abang ipar dengan adik ipar perempuan bujang yang duduk serumah sedangkan rumah yang diduduki adalah milik adik ipar yang telah ditukar hakmilik selepas ibunya meninggal? 

Adakah sesuai untuk seorang abang ipar meminta permohonan kecil drpd adik ipar perempuannya spt menyediakan air untuk tetamu sedangkan dia mempunyai isteri dan anak perempuan? Adakalanya abang ipar mengharapkan adik ipar untuk menjalankan tugas di rumah tanpa menyuruh anak perempuan mahupun isterinya sendiri. 

 

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Hukum lelaki atau suami yang serumah dengan ipar duai yang berlainan jantina serta dalam keadaan ketiadaan mahram adalah dilarang oleh syarak dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah (sadd al-dzari’ah).  Larangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga daripada timbulnya sebarang kerosakan yang besar pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, sekiranya ada mahram dalam kalangan ipar duai (keluarga isteri) dan aman daripada fitnah, maka ianya dibolehkan. 

Adapun berkaitan meminta bantuan adik ipar atau ipar duai membantu urusan dalam rumahtangga atau keluarga, ia tidaklah menjadi kesalahan atas dasar bertolong-tolongan pada perkara yang baik, namun ia perlulah juga melihat kepada kesesuaian waktu, masa, keadaan dan bergantung juga kepada kesediaan dan kerelaan ipar duai tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 55

message user image