BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,

Adakah Dividen kwsp simpanan shariah boleh digunakan untuk perbelanjaan harian dan keuntungan dari perbankan islam adakah riba


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya sekiranya telah diisytiharkan oleh agensi yang terlibat seperti KWSP atau agensi-agensi yang berautoriti lain seperti Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti bahawa sesuatu simpanan atau pelaburan itu patuh syariah, maka sebarang dividen, pulangan atau keuntungan yang diperolehi daripada simpanan atau pelaburan itu boleh dimanfaatkan untuk perbelanjaan harian atau lain-lain kegunaan yang bermanfaat, dan ia bukanlah riba.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 37

message user image