BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada soalan. Apakah hukum saya memakan/meminum produk yang sedang diboikot pada masa kini? Dan makanan/minuman tersebut bukanlah saya yang membeli dari hasil duit saya tetapi diberi oleh majikan. Adakah boleh saya makan/minum makanan tersebut? Atau perlu dibuang sahaja? 

Tambahan, setiap pekerja pun dapat bahagian masing2. Jadi saya tiada pilihan untuk memberi makanan tersebut kepada rakan kerja yang lain. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Umat Islam disarankan untuk menerapkan nilai tabayyun iaitu menilai sesuatu maklumat dengan penilaian yang adil daripada sumber yang dipercayai sebelum melakukan tindakan boikot dengan mengambil kira maslahah dan mafsadah implikasi boikot di samping mengenalpasti secara tepat syarikat yang diboikot agar tujuan asal menepati sasaran dengan mengikut tahap kemampuan masing-masing. Tindakan boikot juga perlu disusuli dengan tindakan lain iaitu dengan mempromosi dan memperkasakan penjualan dan pembelian produk tempatan agar menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan secara mandiri. Malah lebih utama lagi, dalam melaksanakan boikot ini ia hendaklah dilakukan dengan akhlak dan adab yang baik iaitu tidak mencela, menjatuhkan maruah dan mensabotaj orang lain. Meskipun Malaysia merupakan negara kecil, moga usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam yang dizalimi, menutup ruang-ruang kezaliman seterusnya menjadi salah satu amal kebaikan yang diterima oleh Allah SWT.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tiada halangan untuk memakan atau meminum produk yang diboikot apabila dibelanja oleh orang lain dengan niat mengelakkan daripada pembaziran. Sangat tidak wajar untuk membuang makanan atau minuman itu begitu sahaja. Bahkan itu perbuatan membazir dan ia adalah perbuatan syaitan sebagaimana dalam surah al-Isra ayat 27:

اِنَّ الْمُبَذِّرِيْنَ كَانُوْٓا اِخْوَانَ الشَّيٰطِيْنِۗ وَكَانَ الشَّيْطٰنُ لِرَبِّهٖ كَفُوْرًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tiada halangan untuk memakan atau meminum produk yang diboikot apabila dibelanja oleh orang lain dengan niat mengelakkan daripada pembaziran. Sangat tidak wajar untuk membuang makanan atauminuman itu begitu sahaja.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 49

message user image