Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamulaikum ustaz, mohon bertanya tentang kegusaran saya sepanjang minggu ini.
Situasinya*
Malam semalam anjing baring diatas lantai simen halaman rumah saya (anjing selalu lalu lalang dibelakang rumah) dan kata ibu saya anjing tersebut meninggalkan kesan basah pada tempat itu, keesokan hari, ibu saya terus membasuh tempat itu dengan menabur tanah dikawasan tersebut dan menyiramnya sahaja dengan air yang sepatutnya bukan begitu cara untuk menyertu. Jadi bagaimana hukumnya ustaz? Soalan 1) adakah percikan air basuhan hasil dari cucian ibu saya itu najis? dan kalau iya ..air tersebut telah terpercik kemana2, bahkan ibu saya sekadar kaki ayam ketika membasuh tempat itu? Soalan 2) apakah perlu saya menyuruh ibu saya menyertu kakinya dan barangan yang terkena percikan air tadi dan bagaimana pula dengan pakaian, dan alatan lain yang bersentuhan dengan kaki ibu saya yg berkaki ayam tersebut?adakah juga perlu disertu
Masih berkaitan dngan situasi diatas. Saya sudah menyertu dengan benar halaman rumah saya dan air memercik kemana2 . saya ingin bertanya, Soalan 3) adakah air percikan sertu itu najis dan menjangkiti barang2 yang ada disitu? Soalan 4) Perlukah saya menyertu barang2 yng terkena air percikan sertu tersebut termasuklah kaki saya yg terkena percikan air tersebut? Soalan 5) Dan perlukah juga saya menyertu setiap tapak selipar saya yng sudah terpijak tempat baring anjing tersebut dan kalau perlu sertu...saya telah menggunakan selipar tersebut utk mandi dan memakainya ketika masuk kedalam tandas dan kadangkala saya terpijak tapak selipar tersebut dengan tapak kaki saya. Soalan 6) perlukah saya sertu tapak kaki saya dan lantai tandas saya? Tetapi sebelumnya kaki saya sudah terkena tempat2 lain seperti tempat tidur, pakaian,dan lain2. adakah perlu ikut disertu barangn tersebut?
Dan soalan 7, Saya terpijak bekas/tempat baring anjing yg meninggalkan kesan basah di atas simen menggunakan tapak selipar, lalu saya bawa /pakai selipar itu ke dalam tandas. Adakah tapak selipar saya dan lantai tandas itu menjadi najis dan apa2 benda yang mengenai/ terkena selipar dan lantai itu akan menjadi najis?. Ianya terjadi kpd saya beberapa hari lalu.,. dan kalau mnjdi najis, perlukah saya menyertu semua barangan d dlm tndas itu atau biarkan sahaja kerana alatan2 dlm tnds sdh pernah terkena lantai dan selipar saya trsbut?
Saya selalu waswas dan ragu terhadap perkara ini sehingga menganggu akiviti seharian saya kerana penat memikirkannya. Soalan terakhir saya. Bolehkah saya mengikuti mazhab lain ketika saya dalam situasi yang betul2 was-was yg menyatakan bahawa anjing itu tidak najis. Tidakkah itu dikira darurat?
Mohon doakan kesembuhan saya dalam penyakit ini ustaz semoga dgan bantuan doanya saya boleh terus beribadah dengan lancar tanpa ragu2.
Jawapan