BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ingat bertanya berkenaan  ANAK LAUR NIKAH ATAU TIDAK SAH TARAF. Setahu saya anak anak luar nikah ini jika lelaki, dia tidak boleh menjadi wali bagi adik adik perempuannya. Soalan saya ialah jika anak luar nikah tersebut adalah LELAKI, setelah dia berkahwin secara sah dan halal kemudian mendapat anak , dan anak tersebut adalah perempuan, boleh kah dia menjadi wali bagi anak kandungnya. Anak kandungnya lahir selepas LELAKI tersebut berkahwin secara sah dah halal.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan yang diajukan, lelaki itu boleh menjadi wali kepada anak perempuannya, kerana anak perempuannya itu adalah anak yang sah baginya hasil dari perkahwinan yang sah pada hukum syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 52

message user image