Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, peristiwa ini telah berlaku beberapa minggu yang lalu di mana seingat saya, cuaca seperti hujan renyai-renyai Dan saya dalam perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat. Ketika berjalan kaki, terdapat dua lokasi di mana saya berasa was was mengenai najis burung di mana lokasi pertama ketika saya lalu di pejalan kaki tersebut, saya seperti yakin tiada najis burung kerana najis burung yang boleh saya lihat adalah seperti di sebelah kiri pejalan kaki, namun tiba-tiba hati saya berasa was was di mana mungkin najis burung itu terpercik ke tempat yang telah saya pijak. Saya kembali melihat di tempat saya pijak itu Dan terlihat seperti warna putih yang saya kurang pasti sama ada najis atau tidak, tetapi disebabkan oleh was was saya Dan saya ingin menghilangkannya, saya merasakan bahawasanya saya telah terpijak najis burung Dan ingin membasuh selipar saya di masjid. Sepanjang perjalanan, saya berasa sangat takut bahawasanya tompokan berwarna putih yang saya anggap sebagai najis itu telah merebak ke tempat yang saya lalui dalam perjalanan saya ke masjid. Dan lokasi kedua di mana saya berasa was was adalah berhampiran dengan masjid di mana ternampak seperti tompokan putih tetapi seingat saya seperti kecil-kecil yang saya secara automatiknya menganggap seperti najis burung kerana perasaan was was saya itu. Saya tidak pasti sama ada ianya adalah najis burung atau tidak Dan sama ada saya telah terpijaknya atau tidak kerana saya perasan tompokan yang saya anggap seperti najis itu setelah saya melangkah ke hadapan Dan menoleh ke kiri di mana tompokan itu di belakang kiri saya. Lalu saya was was sama ada tompokan-tompokan putih saya saya sedang pijak ini adalah najis burung setelah saya menganggap tompokan yang saya lihat sebentar tadi seperti najis. Lalu saya masuk ke perkarangan masjid Dan menghampiri tempat wuduk di bahagian luar masjid. Sekarang ini was was saya semakin teruk kerana terdapat najis di kedua dua tapak selipar saya di mana di bahagian kanan tapak selipar saya adalah ketika di lokasi pertama manakala di bahagian kiri tapak selipar saya di lokasi kedua tempat yang saya terlihat Dan anggap seperti najis itu. Di tempat mengambil wuduk bahagian luar masjid terdapat lantai mar mar Dan tempat duduk untuk keselesaan mengambil wuduk. Saya meninggalkan selipar di bahagian kanan saya lalu membasunya, tetapi ketika basuh saya was was kerana terdapat percikan air daripada basuhan itu di mana saya takuti adalah percikan air muntanajis ke pakaian saya Dan sama ada air basuhan selipar saya sudah memasuki ke lubang air kerana saya khuatir air yang keluar daripada paip akan terpercik ke lantai di bawah paip di mana saya khuatiri terdapat air muntanajis. Tetapi ketika membasuh selipar kanan saya, tidak tahu mengapa saya ingkar dengan diri sendiri kerana tidak menanggalkan selipar kiri saya lalu memijak lantai wuduk tersebut dengan selipar kiri masih dipakai. Setelah itu, seingat saya, saya telah membasuh selipar kiri saya. Namun setelah selesai membasuh Dan berwuduk, saya telah memijak lantai di mana tempat saya telah memijaknya dengan memakai selipar kiri sebelum membasuhnya lalu masuk ke dalam masjid. Lalu saya berasa was was adalah najis telah merebak ke dalam masjid pula dek kerana saya memijak lantai yang telah di pijak ketika memakai selipar yang belum di basuh. Saya takut bahawasanya saya perlu menanggung dosa orang lain kerana solat mereka tidak sah dek kerana najis yang disebarkan oleh saya.
Jawapan