BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ada persoalan tentang taklik. Berikut ialah skrip pergaduhan antara saya dan suami semalam. (I=Isteri. S=Suami)

I: You berani taklikkan (kalau suami menipu saya lagi maka jatuh talak)(Asal niat saya ialah jika suami kata "Berani" barulah saya akan suruh dia lafaz taklik)

S: Berani

I: You berani?? (Niat saya sudah kabur tak pasti samada jawapan suami bermaksud taklik sudah terkota atau tidak)

S: Berani

I: Ini kira taklik ke? You betul berani? Ini kira seal taklik?

S: Berani tapi tak nak. I taknak buat taklik sebab takut tak sengaja tertipu takut terjatuh taklik

I: Apa yang you faham bila you cakap "Berani"?

S: Berani maksudnya I ada kemampuan untuk buat taklik. I boleh buat taklik. Cuma I taknak

Persoalan saya, adakah kiranya taklik tersebut sudah terkota? Setakat ini suami belum ada menipu lagi selepas pertengkaran itu. Jika taklik terkota, setelah berlaku pelanggaran, dan kami segera ruju' adakah taklik sudah terbatal? Atau adakah taklik tersebut sah seumur hidup kami selagi berkahwin?

 

Saya sangat gusar kerana takut jika taklik terkota dan berlaku pelanggaran tanpa kami sedar dan kami tidak merujuk kerana tidak tahu taklik terkota pun dari awal


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan, lafaz yang suami puan ungkapkan itu tidak membawa kepada talak secara taklik kerana lafaz "berani" yang diucapkan oleh suami puan itu adalah merujuk atau menunjukkan bahawa suami puan sebenarnya boleh, berkemampuan dan berani kalau dia hendak lafazkan taklik tersebut, namun jelas berdasarkan dialog puan dan suami puan tersebut, bahawa suami puan tegas tidak mahu melafazkan taklik kerana khuatir akan dilanggar tanpa disedari.

والله أعلم بالصواب 

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 64

message user image