BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Adakah jatuh talak jika suami berkata " Perkahwinan ini tidak dapat bertahan (This marriage is not sustainable). Perkahwinan ini takkan kekal kalau bergaduh berterusan "


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Apabila suami berkata:  "Perkahwinan ini tidak dapat bertahan (This marriage is not sustainable). Perkahwinan ini takkan kekal kalau bergaduh berterusan", tidaklah menyebabkan jatuh talak. Ini kerana kata-kata itu hanyalah suatu pernyataan bahawa ikatan perkahwinan tidak dapat dipertahankan sekiranya sentiasa bergaduh. Ia sama sekali tidak menyatakan menceraikan isteri.

Walau bagaimanapun, perkahwinan itu boleh dipertahankan dan berkekalan jika masing-masing berusaha untuk memulihkan dan menjaganya dengan baik. Menjadi keutamaan untuk berdoa memohon bantuan dan petunjuk dari Allah SWT. Jika perlukan nasihat kekeluargaan boleh dapatkan khidmat di Jabatan Agama Islam atau pihak yang berautoriti dalam urusan perkahwinan. Mudah-mudahan usaha dan tindakan yang dilakukan itu mendapat hasil yang baik ke arah rumahtangga yang tenang dan bahagia.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 52

message user image