BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..Sy nak bertanya ..suami ada lafazkan taklik kepada Sy dlm keadaan terpaksa..dalam perbalahan tersebut ..sy mencederakan diri Sy dan acukan pisau kepada semua..adakan sah talak tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan yang diajukan, lafaz ta'lik yang dilafazkan oleh suami kepada puan samada dalam keadaan marah yang tidak menghilangkan kewarasan atau dalam keadaan dipaksa secara ghair tam (tidak sempurna) yang tidak menyebabkan bahaya terhadap nyawa atau kehilangan angggota badan suami atau orang lain, maka lafaz ta'lik tersebut boleh dianggap sebagai sah. 

Walau bagaimanapun, di dalam menentukan sama ada paksaan bersama ugutan yang dilakukan oleh isteri dengan mencederakan diri sendiri atau orang lain itu suatu paksaan yang tam (sempurna) yang menyebabkan talak tidak berlaku atau sebaliknya adalah bidang kuasa pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 52

message user image