Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Maaf..ayat taklik suami Sy..kalau abg buat kerja dengan perempuan tu tak bagitau .. jatuh talak 1.. maaf ..Sy ada sikap cemburu yg terlalu teruk.. Sy jadi lupa diri kalau berkaitan dgn perempuan( seorang je perempuan kat tempat tempat kerja suami.. dah banyak Kali gaduh dengan suami Sy kelar lengan sendiri
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Menjawab persoalan yang diajukan :
Lafaz ta'alik yang dilafazkan oleh suami kepada puan iaitu: "kalau abang buat kerja dengan perempuan tu tak bagitau .. jatuh talak 1", sama ada dalam keadaan marah yang tidak menghilangkan kewarasan atau dalam keadaan dipaksa secara ghair tam (tidak sempurna) yang tidak menyebabkan bahaya terhadap nyawa atau kehilangan angggota badan suami atau orang lain, maka lafaz ta'lik tersebut boleh dianggap sebagai sah.
Walau bagaimanapun, di dalam menentukan sama ada paksaan bersama ugutan yang dilakukan oleh isteri dengan mencederakan diri sendiri itu suatu paksaan yang tam (sempurna) yang menyebabkan talak tidak berlaku atau sebaliknya adalah bidang kuasa pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 54