BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...

1.bagaimanakah cara nak membayar fidyah puasa bagi orang yang telah meninggal dunia tetapi waris tidak mengetahui bilangan hari yang telah ditinggalkan nya?boleh kah agak-agak sahaja

 

2. Bolehkah bayaran fidyah puasa dilakukan di LZS dan berapa pula kadarnya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته   

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد 

1. Seseorang yang meninggal dunia dan memiliki puasa yang wajib dan mampu ditunaikan tetapi tidak sempat menunaikannya maka wajib digantikan dengan membayar fidyah daripada tinggalan harta si mati atau sumbangan sukarela ahli waris daripada harta mereka sendiri. Sekiranya tidak jelas bilangan hari yang ditinggalkan, maka cukup sekadar mengikut kepada bilangan hari yang diyakini seperti tempoh sakit dan seumpamanya.

2. Ya, bayaran fidyah puasa boleh dibuat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan ia juga boleh dilakukan secara atas talian. Kadar bayaran fidyah boleh dipilih berdasarkan kepada jenis beras yang biasa dimakan sama ada RM2.00, RM4.00 atau RM6.00 sehari. Pembayar juga boleh memilih untuk membuat bayaran secara berganda atau tidak berganda berdasarkan kepada kemampuan. 

Sila layari laman sesawang rasmi Lembaga Zakat Selangor untuk maklumat lanjut berkaitan kadar dan pembayaran secara atas talian di: https://mais.gov.my/fidyah/ 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 55

message user image