BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum Tuan, Saya ingin bertanya tentang hukum darah gusi. Saya difahamkan darah gusi ialah najis yg dimaafkan. Dan perlu berkumur² sahaja utk membersihkannya. Tetapi, Saya sering terkena percikan air kumuran darah gusi suami Saya yang Masih jelas Ada sedikit warna darah dan terkena juga pada lantai. Jika hukum najis yg dimaafkan jatuh pada suami kerana darah gusinya sendiri, bagaimana dengan Saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menurut mazhab al-Syafi'i kadar darah yang sedikit adalah dimaafkan sepertimana disebutkan oleh Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

وَلَوْ أَخَذَ قَمْلَةً أَوْ بُرْغُوثًا وَقَتَلَهُ فِي ثَوْبِهِ أَوْ بَدَنِهِ أَوْ بَيْنَ أُصْبُعَيْهِ فَتَلَوَّثَتْ بِهِ قَالَ الْمُتَوَلِّي إنْ كَثُرَ ذَلِكَ لَمْ يُعْفَ عَنْهُ وَإِنْ كَانَ قَلِيلًا فَوَجْهَانِ أَصَحُّهُمَا يُعْفَى عَنْهُ

Maksudnya: Jika seseorang itu membunuh nyamuk dan kutu dan darahnya terkena pada pakaian atau melekat pada celah-celah jari, hukumnya adalah najis jika ia dalam kadar yang banyak. Adapun jika sedikit, maka terdapat dua pandangan dan pandangan yang paling sahih ialah ia dimaafkan.

Justeru, percikan air kumuran darah yang sedikit atau tiada kesan darah yang kelihatan, jika terkena pada seorang adalah dimaafkan oleh syarak. Namun, jika jelas kelihatan banyak darahnya, maka wajib disucikan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image