BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam. Saya ada pertanyaan, andaikata suami ingin berpoligami, tetapi isteri tidak mengizinkan dan berlaku perjanjian bertulis dimana selepas suami bernikah lagi satu (yang kedua), di dalam perjanjian mengatakan akan jatuh talak ke atas isteri pertama selepas sebulan tempoh pernikahan kedua suami. Apakah telah jatuh talak sebaik sahaja suami bersetujuan dan menandatangani perjanjian bertulis itu, atau selepas sebulan tempoh pernikahan seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan, perjanjian yang dibuat itu merupakan perakuan taklik, jika berlaku situasi tersebut maka jatuhlah talak. Talak tersebut akan jatuh sebulan selepas pernikahan suami. Sebaiknya, permasalahan ini perlu dirujuk segera bagi mengetahui status lafaz di Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan penjelasan yang lebih lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 790

message user image