BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya. 

Apakah hukum rebonding / luruskan rambut untuk lelaki?

Saya berambut kerinting, dan isteri saya kadangkala tegur dan tak berapa menggemari rambut saya yang tidak berapa terurus. 

 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dibolehkan melurus rambut sekiranya tujuan untuk kecantikan dan menghiaskan diri sama ada untuk isteri atau keselesaan diri sendiri. Selain itu, digalakkan supaya menjaga rambut serta memuliakannya. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasullullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya. (Riwayat Abu Daud) 

Selain itu, perbuatan ini bukanlah berniat untuk menunjuk dan memperagakannya kecantikan di khalayak ramai. Ini kerana sikap sebegini mampu menimbulkan sifat sombong dan riak yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Dalam masa yang sama  pihak tuan hendaklah memastikan peralatan dan bahan yang digunakan tidak mendatangkan sebarang kemudharatan serta kerosakan pada rambut.

Kesimpulannya, niat dan tujuan menjadi faktor utama dalam menentukan hukum meluruskan rambut. Sekiranya tujuan adalah untuk perkara yang baik dan disyariatkan maka dibenarkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 39

message user image