Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai air wadi. Buat masa sekarang ini, selalunya saya akan mencuci pakaian seperti satu atau dua Kali seminggu di rumah lalu mengeringkannya di dobi layan diri yang terdekat. Saya pergi ke dobi dengan berjalan kaki sambil membawa pakaian yang basah setelah dicuci menjadikannya kadang kala berat Dan penat sedikit kerana keberatannya. Lalu saya was was kerana saya seperti rasanya sesuatu di kepala kemaluan saya tetapi saya tidak pasti sama ada air wadi telah terkeluar atau pun hanya peluh yang melalui kemaluan saya. Saya berasa agak janggal untuk memeriksanya kerana berada di tempat awam. Saya juga berasa gusar jika ianya adalah air wadi Dan terkena seluar saya lalu saya duduk di bangku dobi layan diri akan menyebabkan najis tersebar. Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan kerana saya berasa takut untuk melakukan kerja berat atau pun bersenam di gimnasium kerana khuatir jika mengangkat berat akan terkeluar air wadi tanpa disedari. Terima kasih.
Jawapan