BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan pertanyaan kaedah yang betul untuk melangsaikan hutang piutang yang terdahulu.

Assalamualaikum semuanya yang dirahmati Allah,

Saya ingin mendapatkan pencerahan dan jalan penyelesaian berkaitan hutang piutang terdahulu daripada pihak arwah abah saya dan ahli keluarganya yang duduk bersama di dalam satu rumah. Saya dimaklumkan mengenai perkara ini setelah arwah abah saya meninggal dunia pada 27/6/2024. Perkara ini saya sebagai waris anak lelaki tunggal ingin menyelesaikan hutang piutang berkaitan bil air yang tertungguk lebih daripada 14 tahun lamanya di rumah kediaman peninggalan arwah datuk dan nenek saya yang diduduki oleh arwah abah dan ahli keluarganya yang lain. Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga arwah abah yang tinggal bersama dengannya bahawa  terdapat sejumlah tunggakan bil air yang terdahulu iaitu lebih 14 tahun lamanya anggaran sehingga mencecah RM5,000 (maklumat secara lisan) tiadanya bukti resit bil yang tersimpan.

Selain itu, yang menjadi kerumitan dari pihak waris adalah kerana ahli keluarga tidak mengingati nama pemilik dan no akaun bil air yang terdahulu tersebut. Pelbagai cara telah diusahakan untuk mencari maklumat yang berkaitan di Pejabat Air Selangor, tetapi sehingga hari ini, saya masih buntu untuk mendapatkan maklumat tersebut secara terperinci.

Pada pandangan pihak panel Jabatan Mufti Selangor, bagaimanakah sekiranya saya gagal mencari maklumat tersebut secara terperinci iaitu jumlah sebenar tunggakan bil air yang terdahulu? Cara bagaimana menurut islam untuk menyelesaikan hutang piutang tersebut. Saya yakin tunggakan bil tersebut memang berlaku tetapi jumlah keseluruhan yang terperinci tiada bukti rekod yang tersimpan. 

Saya membuat ini semua adalah kerana terpanggil untuk bertanggungjawab sebagai waris untuk melangsaikan hutang piutang tersebut. Adakah dibolehkan untuk saya berinfaq atau bersedekah sedikit demi sedikit sehingga jumlah RM5,000 (iaitu maklumat secara lisan berkaitan tunggakan bil air yang terdahulu, tiadanya bukti rekod resit bil yang tersimpan) di mana-mana masjid, surau, pusat-pusat tahfiz dan lain-lain lagi dengan niat untuk melangsaikan hutang piutang arwah abah dan ahli keluarganya yang lain,

Mohon maklumbalas dan pencerahan daripada pihak panel Jabatan Mufti Selangor berkaitan permasalahan saya ini. 

Sekian, Terima kasih.


message user image

Jawapan  

عليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya setiap hutang mestilah dilangsaikan mengikut kadar hutang yang disepakati antara pihak yang berhutang dan juga pemiutang (syarikat air). Dalam hal ini, pada asasnya perlu mendapatkan perincian hutang yang jelas berbentuk bil atau apa-apa pengesahan tentang kewujudan hutang tersebut atas nama arwah bapa. Sekiranya telah terbukti barulah proses pembayaran boleh dilaksanakan jika tidak ada bukti atau tuntutan daripada pemiutang maka secara hukumnya hutang tersebut tidak wajib dibayar. Ini kerana pemiutang sendiri tidak dapat mengesahkan akan kewujudan hutang tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 41

message user image