BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya dulu sering menyertai musabaqah hafazan al-Quran. Namun kini, saya jarang menyertainya lagi kerana kadangkala ada lintasan yg menganggu fikiran saya, yang menghasut seolah-olah saya ingin menang tempat pertama kerana mahu mendapatkan hadiah berupa duit dan sebagainya. Namun, bagaimana pula jika hadiah itu berupa tajaan umrah ustaz? Adakah boleh jika saya turut menginginkan hadiah seperti itu dalam masa yang sama saya niat utama saya untuk mendapat redha dan pahala dari Allah dengan membaca al-Quran?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Masalah niat adalah satu masalah yang susah untuk kita hukumkan. Ini kerana ia terkait keikhlasan dan tujuan seseorang beramal atau melakukan sesuatu perkara. Bagi menjawab soalan yang diajukan. Tiada masalah menyertai sesuatu musabaqah atau pertandingan untuk mendapatkan hadiah atau ganjaran tertentu. Memang lumrah sesuatu pertandingan dibuat untuk mendapatkan ganjaran. Yang menjadi masalah adalah tujuan menghafaz al-Quran adalah supaya hafalan tersebut dipertandingkan untuk mendapatkann hadiah atau untuk mendapatkan kemasyhuran sebagai penghafaz al-Quran. Jika memang ikhlas menghafaz al-Quran kerana Allah SWT kemudian menyertai pertandingan hafazan, maka ia tiada isu tentang ikhlas menghafaz al-Quran. Maka, boleh sahaja menyertai pertandingan musabaqah hafazan al-Quran untuk mendapatkan ganjaran tajaan umrah tersebut. Kemudian, apabila telah memperoleh tajaan umrah tersebut, tunaikanlah umrah dengan seikhlas hati.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 34

message user image