BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Apakah hukumnya melakukan aqiqah terhadap anak angkat? Adakah dibolehkan tanpa bertanya atau meminta kebenaran daripada ibubapa anak tersebut kerana sudah lama tidak berhubung dengan mereka selepas proses mengambil anak angkat? Adakah hukum melaksanakannya masih sunat muakkad terhadap penjaga anak tersebut?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد  

Akikah merupakan ibadah yang disunatkan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat kurniaan zuriat oleh Allah SWT kepada hambanya. Daripada Saidatina Aisyah RA;

 أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ ‏- صلى الله عليه وسلم ‏-أَمْرَهُمْ; أَنْ يُعَقَّ عَنْ اَلْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ, وَعَنْ اَلْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW mengarahkan mereka untuk akikah bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama umurnya dan bagi anak perempuan seekor kambing.

(Riwayat al-Tirmizi)

Disunatkan melaksanakan ibadah akikah ke atas orang yang diwajibkan memberi nafkah kepada bayi yang dilahirkan sebelum bayi mencapai umur baligh. Setelah mencapai umur baligh, berakhir tuntutan sunat kepada pemberi nafkahnya sebaliknya disunatkan kepada anak tersebut untuk melaksanakan akikah bagi dirinya sendiri.

Bapa angkat merupakan orang yang bertanggungjawab memberi nafkah kepada bayi tersebut dan disunatkan ke atasnya untuk melaksanakan ibadah akikah walaupun tanpa pengetahuan bapa kandungnya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 39

message user image