Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum... Saya telah menetap di satu taman perumahan teres kos sederhana mewah dan bekerja sebagai juru ukur tanah. Saya menghadapi masalah ketidakselesaan pandangan mata dan privasi apabila ada beberapa jiran telah membuat ubahsuai rumah melebihi sempadan lot tanah belakang yang telah ditetapkan dalam geran, pada asalnya ukuran lot tanah adalah 20 x 60 kaki. Mereka telah membuat ubahsuai rumah binaan berbumbung kekal dengan ukuran lebih 3 kaki melebihi sempadan lot tanah dan ini bermakna binaan tersebut telah memasuki tanah rizab jalan/parit majlis perbandaran. Saya ada membaca hadis nabi tentang orang mengambil tanah bukan hakmilik walaupun sejengkal adalah satu kesalahan. Mohon penjelasan apakah hukumnya kepada mereka yang telah berbuat demikian dan kesannya kepada keluarga dan anak-anak apabila mereka telah meninggal dunia. Bagaimana pula amalan ibadat mereka yang membuat demikian. Dan bagaimana cara mengatasinya dan menyedarkan mereka. Terima kasih
Jawapan