BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

saya seorang pekerja yang perlu ulang alik melaka - kuala lumpur setiap hari dengan menaiki KTM di pulau sebang. soalan saya adalah bagaimana saya perlu lakukan solat magrib dan isyak kerana waktu itu saya sudah dalam ktm untuk pulang ke rumah saya iaitu di kawasan pulau sebang juga. selalunya saya akan menaikki ktm 6:30 pm untuk pulang, dan sampai di ktm pulau sebang dalam pukul 9.12 pm. mohon pencerahan bagaimana saya perlu melunaskan solat maghrib dan isyak tersebut. terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan selidikan kami, jarak di antara rumah saudari di Pulau Sebang, Melaka dengan tempat kerja di Kuala Lumpur adalah lebih daripada 100 km. Jarak tersebut telah melebihi 2 marhalah (81 km) yang mengharuskan solat secara jamak dan qasar. Oleh itu, saudari boleh melakukan solat jamak ta'khir solat Maghrib dan Isya' di stesen KTM di Pulau Sebang sebelum pulang ke rumah.

Sila klik di sini untuk melihat peta jarak tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 23

message user image