BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin bertanya sah ke wudhu saya jika selepas mengambil wudhu masih ada lagi sedikit saki baki tahi mata yang cair di celah mata?

Sebelum mengambil wudhu saya telah pun bersihkan kawasan di celah-celah mata beberapa kali untuk hilangkan tahi mata.Cumanya mungkin silap saya tidak lihat dicermin jika tahi mata itu sudah hilang atau belum.Saya cuma merasakan tahi mata itu hilang dengan menggunakan jari sahaja.Namun,lepas selesai mengambil wudhu saya tengok cermin ada lagi tahi mata tu.Selepas itu saya pun terus menunaikan solat subuh.Perkara ini membuatkan saya was-was bila difikirkan semula.

Sekian,terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, antara syarat sah wuduk adalah dengan menghilangkan perkara-perkara yang boleh menghalang air wuduk sampai ke anggota wuduk. Tindakan puan yang telah membersihkan kawasan di celah mata untuk menghilangkan tahi mata sebelum berwuduk adalah memadai supaya air wuduk sampai kepada anggota wuduk. Namun, sekiranya setelah perbuatan itu, masih terdapat kesan saki baki tahi mata ia merupakan sesuatu yang dimaafkan dan wuduk puan adalah sah digunakan untuk menunaikan solat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image