BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya nak tumpang bertanya bila gusi berdarah kita hanya perlu berkumur untuk bersihkannya tetapi selepas berkumur saya mendapati lebihan air kumur melalui kawasan bibir.Jadi adakah bibir saya perlu dibasuh dan bagaimana cara membasuhnya adakah hanya dengan menggosok dengan air?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أ له وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, lebihan air kumur yang melalui kawasan bibir adalah dikategorikan sebagai sesuatu yang dimaafkan. Ini kerana perkara tersebut merupakan perkara fitrah manusia yang tidak dapat dielakkan. Memadai berkumur dengan air dan meludahkannya jika didapati gusi berdarah. Namun jika yakin sekiranya didapati bau, rasa atau warna darah masih ada maka perlu berkumur semula dan membasuh mulut.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 32

message user image