BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum mufti, rumah saya ada paip leaking yang mana paip itu saluran paip tandas di tingkat atas. Paip tersebut ada titisan keluar .sebelum saya nk repair paip tu sy cuma lap sahaja titisan air tersebut dan tidak curah air pada paip leaking tersebut kerana paip tersebut betul betul atas table top takut najis merebak dan selepas lap ada lembapan di paip tersebut. .

soalan saya.

1) saya pakai simen cepat keras (waterproof) dn terus simen paip tersebut pada paip yang ada sedikit lembapan itu, lalu lebihan simen tersebut ada yang jatuh ke table top, adakah simen itu dikira najis sebab terkena lembapan tersebut ?

2)apa saya perlu buat kalau simen itu dikira najis?

3)selepas keesokan harinya simen itu dah keras ,sy dapati masih ada titisan air pada paip tersebut dan sy terus lap dengan tisu, dan guna kan pula spray anti leaking, selepas spray pada paip tersebut , ada lebihan spray pada paip tersebut jatuh ke table top dan terpercik ke dinding adakah spray yg jatuh itu dikira najis juga ?

jadi was was lah saya 

mohon mufti jawab soalan saya ini..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapat najis sama ada dari segi ain, warna atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila ia jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. 

Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau sangkaan sahaja, maka ia kembali kepada kaedah fiqah menyatakan: 

الأصل في الأشياء الطهارة

Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu adalah suci. 

Ini kerana pada asalnya, hukum setiap sesuatu itu adalah suci sehingga terbukti adanya najis dengan kehadiran salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Kaedah fiqah yang lain juga ada menyatakan bahawa:

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu dibersihkan atau disucikan. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya tidak boleh menjadikan sesuatu itu menjadi bernajis. 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan,

1) Simen tersebut tidak bernajis melainkan sekiranya diyakini terdapat padanya ain najis, dan bukan sekadar andaian atau sangkaan.

2) Simen tersebut  tidak bernajis.

3) Lebihan spray yang jatuh ke table top dan terpecik ke dinding tidak dikira bernajis kerana tidak dapat dipastikan titisan air tersebut bernajis. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 28

message user image