BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ada persoalan. 
 

Pertama sekali, ketika jenazah belum dimandikan, saya telah membantu mencabut kain batik jenazah yang terkena kencing. 
 

Seterusnya, saya tidak membantu memandikan jenazah tapi saya membantu serba sedikit dalam mengkafankan jenazah dan juga mencium wajah jenazah setelah selesai dikafankan. 
 

Sekarang, saya berasa was-was sama ada pakaian saya terkena kencing dan saya takut terkena kepada jenazah. Apa perlu saya buat? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, memandangkan tidak wujud keyakinan bahawa pakaian yang dipakai ketika itu terkena najis air kencing, maka ia dianggap suci dan bukannya najis dan tidak perlu merasa bimbang ia terkena kepada jenazah. Oleh yang demikian, perasaan was-was tersebut perlu dihindari.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 30

message user image