BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Berapakan tempoh iddah bagi wanita yang sedang mengalami perimenopause (tempoh sebelum mengalami menopause) yang mana haidnya tidak teratur (4 bulan sekali) ? Sekiranya bercerai, bagaimanakah pengiraan tempoh iddah wanita tersebut? Apakah penerangannya dan apakah Matan yang berkaitan dengan jawapan. Terima kasih :D


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

Tempoh iddah bagi wanita yang belum mengalami menopause adalah mengikut kiraan iddah wanita yang mengalami haid iaitu sebanyak 3 kali suci. Ini berdasarkan surah al-Baqarah ayat 228:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ

Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).

Beriddah dengan kiraan 3 kali suci merupakan asal bagi kiraan iddah. Ia digunakan sekalipun jarak antara setiap haid itu lama atau luar daripada kebiasaannya. Perkara ini disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam I'anah al-Talibin: Sekiranya orang yang beriddah dengan bulan datang semula haid, maka dia mesti menukar kiraan iddahnya kepada 3 kali suci secara ijmak kerana ia adalah asal bagi iddah.

Oleh itu, sekalipun tempoh antara haid dengan haid yang lain itu lama atau di luar kebiasaannya, maka dia tetap perlu beriddah dengan 3 kali suci selagi mana dia masih berhaid.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 76

message user image