BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Nak tanya,

Adakah kita wajib makan makanan yang tayyib? Dalam erti kata lain, adakah makan makanan yang tidak tayyib itu dikira sebagai haram?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Dalam Islam, umat Muslim dianjurkan untuk memakan makanan yang halal dan tayyib, iaitu yang baik, bersih, dan berkhasiat. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 168:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Maksudnya: Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi tayyib (baik), dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Makanan yang tayyib merujuk kepada makanan yang tidak hanya halal dari segi syariat, tetapi juga baik dari segi kualiti, kesihatan, dan kebersihan. Islam memerintahkan umatnya untuk memilih makanan yang tayyib demi kebaikan dan kesejahteraan diri. Islam melarang umatnya daripada mengambil makanan yang tidak tayyib iaitu makanan yang rosak, kotor atau tercemar kerana ia boleh memudharatkan kesihatan. Walau bagaimanapun, larangan tersebut tidak membawa kepada haram secara mutlak, tetapi dianggap sebagai bersalah jika sengaja mengabaikan aspek kesihatan atau membahayakan diri sendiri. Dalam Islam, menjaga kesihatan diri adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 39

message user image