BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai Nazar..

Soalan pertama :

Saya pernah bernazar jika saya melakukan perbuatan terkeji itu (tidak saya sebutkan kerana malu)saya akan berpuasa sebanyak 40 hari...

Namun saya terus melakukan perbuatan terkeji itu sehinggalah Nazar yang asalnya 40 hari terkumpul menjadi bertahun - bertahun. Apa yang saya perlu lakukan Dan adakah boleh untuk saya membatalkan Nazar saya ?

Soalan kedua :

Waktu kecil saya juga pernah bernazar untuk beselawat dengan Selawat tertentu pada setiap Hari Jumaat disebabkan saya takut dimarahi oleh guru saya atas kecuaian saya yang hampir merosakkan peralatan sekolah (Portable Speaker) dengan membiarkannya di luar ketika hujan.

Saya bernazar dengan Ungkapan " Ya Allah, selamatkanlah speaker tu Dari rosak ya Allah, jika speaker tu Selamat saya bernazar akan selawat (dengan selawat tertentu) pada setiap Hari Jumaat" .

Apa yang perlu saya lakukan Dan adakah diperbolehkan saya untuk membatalkan Nazar tersebut ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Nazar adalah mewajibkan atas diri sendiri suatu perbuatan mendekatkan diri dengan Allah SWT yang tidak ditentukan dalam syara’, sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara.

Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 29:

ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Maksudnya: Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.

Berkenaan persoalan nazar untuk meninggalkan maksiat, para ulama berpendapat bahawa ia adalah tidak sah kerana meninggalkan maksiat itu sememangnya wajib. Sehubungan itu, nazar untuk meninggalkan maksiat tidak dibenarkan kerana ia seakan mewajibkan perkara yang sudah sedia wajib. Selain itu, ia akan menyebabkan salah faham seolah-olah jika seseorang itu bernazar daripada melakukan suatu maksiat, ia “menghalalkan” perbuatan maksiatnya dengan menebusnya melalui kaedah membayar kaffarah. Padahal seseorang tetap dikira berdosa dan wajib untuk jika melakukan maksiat. 

Oleh itu, sebaiknya nazar hanya dilakukan bagi tujuan ketaatan. Sekiranya ingin menghindarkan diri daripada berterusan melakukan maksiat, maka hendaklah sentiasa beristighfar kepada Allah SWT, bertaubat dan berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya lagi. Di samping itu, nazar juga tidak berlaku bagi keadaan situasi kedua berdasarkan penjelasan di atas.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 30

message user image