BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam.suami saya mengajak saya pergi umrah buat kali kedua tetapi saya ragu-ragu kerana suami sering mengungkit yang dia bawa saya keumrah dengan hasil titik  peluh dia.suami sering berkata kalau tak kerana dia saya takkan dapat pergi keluar negara ,takkan dapat pergi umrah dan mengungkit segala pemberiaan suami pda saya.saya hanya diam tidak berkata apa.sehinggakn untuk kali kedua ini saya rasa tawar hati untuk pergi.bagaimana hukumnya untuk masalah saya ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

Tawaran suami untuk menunaikan Umrah merupakan suatu pemberian hadiah. Menerima hadiah atau pemberian orang lain merupakan salah satu cara menghargai seseorang itu dan perkara itu dapat memberikan kegembiraan kepada pemberi. Terdapat hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Umar:

ثَلاَثٌ لاَ تُرَدُّ : الوَسَائِدُ ، وَالدُّهْنُ ، وَاللَّبَنُ

Maksudnya: Tiga perkara yang tidak boleh ditolak (pemberiannya) iaitu bantal alas, minyak dan juga susu. (Riwayat al-Tirmizi)

Islam tidak mewajibkan seseorang menerima pemberian sekalipun perkara itu adalah ibadah wajib kerana ia adalah suatu budi yang mempunyai suatu bebanan. Dalam ilmu fikah, para ulama membahaskan hukum seseorang menerima pemberian daripada orang lain untuk dirinya menunaikan ibadah Haji. Menurut Imam Nawawi, tidak wajib dia menerima pemberian tersebut kerana dia akan terhutang budi dengan orang tersebut. Sekiranya ibadah yang wajib juga tidak diwajibkan menerima suatu pemberian, maka lebih utama pemberian untuk tujuan lain seperti untuk tujuan umrah juga tidak wajib untuk seseorang menerimanya.

Perbuatan mengungkit pemberian boleh menghapuskan pahala pemberian tersebut sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Baqarah ayat 264:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تُبْطِلُوْا صَدَقٰتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْاَذٰىۙ كَالَّذِيْ يُنْفِقُ مَالَهٗ رِئَاۤءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِۗ فَمَثَلُهٗ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَاَصَابَهٗ وَابِلٌ فَتَرَكَهٗ صَلْدًا ۗ لَا يَقْدِرُوْنَ عَلٰى شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُوْا ۗ وَاللّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْكٰفِرِيْنَ 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jangan membatalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya karena riya (pamer) kepada manusia, sedangkan dia tidak beriman kepada Allah dan hari Akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu licin yang di atasnya ada debu, lalu batu itu diguyur hujan lebat sehingga tinggallah (batu) itu licin kembali. Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum kafir.

Justeru, puan boleh membuat pertimbangan baik buruk sama ada untuk menerima atau menolak pemberian tersebut dengan cara yang baik. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 29

message user image