Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam ustaz/ustazah
Ketika saya berusia dalam linkungan 11 atau 12 tahun (Allahuk'alam - saya sudah tidak berapa ingat tahun sebenarnya) saya telah terkencing di dalam seluar di pintu tandas surau. Selepas itu tanpa mengganti pakaian, saya telah masuk ke dalam surau dan belajar mengaji. Selepas belajar mengaji dengan pakcik di surau tersebut saya dapati tempat yang saya duduk (di atas tikar getah) telah basah kerana terkena air kencing tersebut. Saya juga ada duduk di ruang tempat perempuan selepas itu.
Saya tahu ia najis tetapi saya tidak membersihkan nya kerana takut pakcik tersebut tahu kerana saya takut di marahi dan malu jika di ketahui oleh orang lain. Saya langsung tidak terfikir tentang dosa dan balasan dari Allah jika air kencing tidak di bersihkan.
Setelah 40 tahun berlalu, baru baru ini saya teringat kembali kejadian ini dan mula takut akan dosa. Menurut rakan rakan di sana, surau tersebut telah tiada lagi.
Apakah yang perlu saya lakukan untuk bertaubat atas kejahilan saya dahulu. Perlukah sesiapa yang pernah mendirikan solat sekitar tahun tersebut dan tahun tahun seterusnya perlu menggantikan solat mereka. Sekiranya ini perlu di lakukan bolehkah saya sekadar meletak kan notis di masjid dan surau berdekatan tempat tersebut kerana agak sukar mengesan mereka dan sudah pasti ada yang sudah meninggal dunia. Tambahan pula di khuatiri timbul fitnah andai ada rakan rakan tahu keaiban saya.
Harap dapat pencerahan dari ustaz/ustazah dan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Semoga Allah mengampuni saya, hamba Nya yang sangat jahil ini.
Jawapan