BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

saya beli makanan dan lepas saya makan separuh ada kawan saya tegur yang makanan yang saya makan itu tidak halal. soalan saya saya patut buang makanan itu atau habiskan makanan tersebut dahulu. terima kasih:)


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله, والصلاة والسلام على رسول الله, وعلى آله وأصحابه ومن والاه, أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya makanan yang dimakan itu diyakini halal, maka tidak menjadi halangan untuk terus memakan makanan tersebut. Namun sekiranya makanan yang dimakan tidak diyakini halal, maka hendaklah berhenti daripada terus memakan makanan tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, termima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 31

message user image