BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.......saya ada soalan mengenai nazar......pada tahun lalu saya ada bernazar sekiranya saya mendapat 10A saya akan berhenti merokok dan setiap batang rokok yang saya hisap perlu disedekahkan RM 50. Soalan saya adakah nazar saya sah ? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Pada asasnya, nazar bermaksud membuat iltizam kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu kebajikan atau ibadah dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, yang pada asalnya tidak wajib dari segi syarak, sama ada secara muqayyad (dikaitkan dengan sesuatu) ataupun mutlaq (tidak dikaitkan dengan sesuatu).

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan kepada pandangan Jumhur Fuqaha' termasuk mazhab Syafi'i, nazar yang dibuat dikaitkan dengan meninggalkan perkara yang dilarang menurut ajaran Islam, seperti meninggalkan tabiat merokok yang telah difatwakan sebagai haram, adalah tidak sah. Ini kerana ia dianggap sebagai mewajibkan sesuatu perkara yang telah sedia diwajibkan, iaitu meninggalkan perkara yang diharamkan. Seandainya perkara tersebut dilanggar, iaitu merokok, maka tidak diwajibkan baginya untuk bersedekah sebanyak RM50. Apa yang diwajibkan adalah untuk bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT kerana melakukan perkara yang diharamkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 23

message user image