BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum pinjaman penjawat awam untuk pembelian komputer riba / telefon bimbit yang dikenakan 2% faedah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan tuan, secara umum, hukum mengambil caj perkhidmatan di dalam pemberian pembiayaan adalah diharuskan selama mana kadar ditetapkan adalah merupakan kadar kos sebenar. Akademi Fiqh Islam (Mujamma’ Fiqh Islami) pada perbincangan kali ke-3 yang telah diadakan di Oman pada tahun 1986 iaitu :

  1. Harus mengambil upah / caj perkhidmatan ke atas perkhidmatan yang diberikan.

  2. Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah mengikut kadar perbelanjaan pengurusan yang diusahakan.

  3. Tambahan nilai ke atas perkhidmatan yang sebenar adalah diharamkan dan dikira sebagai riba.

Adapun menetapkan kadar 2% sebagai kadar upah perlu diperbahaskan dan dibincangkan dengan lebih mendalam oleh pakar-pakar kewangan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 60

message user image