BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya berasal dan tinggal di melaka. Saya juga bekerja dan mempunyai rumah sewa di selangor. 
Tetapi saya lebih banyak masa berada di melaka dan jarang pulang ke selangor. Kadang kala saya hanya ke selangor 2 hari sahaja seminggu/sebulan tidak termasuk hari perjalanan pergi dan balik. Kadang kala saya berada di selangor lebih 3 hari. Soalannya, boleh kah saya jamak dan qasar sekiranya ke selangor kurang dari 3 hari?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أ له وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ya puan diharuskan untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar sepanjang berada di rumah sewa di Selangor sekiranya berniat untuk tinggal tidak melebihi 3 hari tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Sekiranya puan berniat untuk tinggal melebihi 3 hari tidak termasuk hari tiba dan hari keluar, maka puan tidak diharuskan untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar setibanya di sana.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 24

message user image