Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Di belakang tempat saya bekerja ada satu paip. Ia adalah di kawasan luar bangunan tapi tidak jauh. Saya selalu guna paip itu untuk berwuduk. Di bawah paip itu ada lopak air jenis bersimen dan berbatu. Jika hari hujan atau paip dibuka, air akan bertakung di bawah paip tersebut. Pada suatu hari, saya ada ternampak anjing minum di lopak air itu. Setelah beberapa hari, lopak air tersebut telah kering kerana ia terletak di luar dan kemungkinan cahaya matahari telah mengeringkannya. Soalan saya adakah najis air liur anjing yang minum di lopak tersebut telah hilang ? Saya was was kalau ada air yang terpecik dari lopak tersebut. Mohon penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih.
Jawapan