BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum wrt wbt.

Boleh saya tahu apa hukum menggunakan rawatan laser untuk menghapus bulu di bahagian ketiak secara kekal? Hal ini kerana, sekiranya mencukur, bahagian ketiak saya adalah sensitif dan menyebabkan liang pori mudah tersumbat. Ketiak saya menjadi merah dan sakit.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Terdapat perintah yang mengarahkan supaya dicukur beberapa jenis bulu yang terdapat pada anggota tubuh manusia termasuklah bulu ketiak. Ini sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai. (Riwayat al-Bukhari)

Justeru, secara dasarnya hukum mencukur bulu ketiak adalah harus. Adapun tindakan menghapuskannya menggunakan laser dibenarkan kerana sekiranya mencukur akan memudaratkan kesihatan dengan syarat kerja-kerja menghapuskan bulu ketiak perlulah dilaksanakan oleh staf yang sama jantina bagi menjaga batasan aurat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 116

message user image