Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan mufti. Saya ada soalan,
1. Saya sering membasuh kemaluan banyak kali setelah membuang air kecil kerana risau ada titisan air kencing yang keluar. Kemudian saya memakai semula seluar. Dan saya rasa seperti hendak kencing pada kemaluan saya. Namun bila saya check macam tidak ada bau. dan saya merupakan OKU penglihatan. Jadi, adakah saya perlu mengabaikan rasa pada kemaluan itu kerana bila beberapa ketika rasa itu hilang.
2. Adakah dimaafkan titisan air kencing yang sedikit yang kita tidak perasan pada kain seluar dalam? Sebab saya tidak nampak, jadi hendak meindentukan sama ada kesan air kencing tu ada atau tak agak sukar.
3. Bolehkah mufti terangkan tentang mazhab maliki yang menyatakan najis hukmi tidak berpindah? Dan apakah syarat-syarat najis menurut mazhab Maliki tidak berpindah?
4. Jika tubuh kering terkena najis dan kemudian tubuh kita berpeluh/basah, adakah seluruh badan menjadi najis?
5. Jika kain/pakaian itu basah dan terkena najis di salah satu bahagian kain itu, adakah perlu dibasuh keseluruhan kain/pakaian itu?
Jawapan