BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , apa hukum isteri membuat breast filler ? Suami sokong dan setuju demi sesebuah kebahagiaan rumah tangga . Apa hukum nya ? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam menetapkan hukum melakukan pembesaran payudara melalui kaedah breast filler.

Pertama: Tujuan suntikan. Pembesaran payu dara secara umum diharuskan bagi tujuan perubatan seperti saiz payudara yang kecil yang tidak normal mengikut kebiasaan saiz badan wanita biasa atau sekiranya salah satu payudara mempunyai saiz yang berbeza, maka ia adalah diharuskan. Pembesaran payudara dengan tujuan mengembalikan kecantikan akibat penuaan yang normal adalah tidak diharuskan. Namun seandainya terdapat hajat bagi menjamin kemesraan hubungan suami isteri, ia diharuskan selama tidak membawa perubahan yang amat ketara atau tidak normal.   

Kedua: Bahan suntikan.  Memastikan bahawa bahan yang digunakan dihasilkan dari sumber yang suci serta tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan.

Ketiga: Nasihat pakar yang boleh dipercayai. Pengguna hendaklah mendapatkan nasihat daripada pakar yang dipercayai berhubung kesesuaian kaedah suntikan tersebut, kesan komplikasi, risiko serta bahaya yang mungkin timbul. Seandainya ia boleh mendatangkan kemudaratan yang besar, maka kaedah tersebut tidak diharuskan.

Keenam: Keizinan suami. Perbuatan tersebut hendaklah dengan keizinan suami. Seandainya suami tidak mengizinkan maka ia tidak dibenarkan. Melainkan sekiranya tujuan tersebut adalah untuk memperbaiki kecacatan.

Kelima: Kos suntikan. Kos yang dikeluarkan hendaklah tidak membebankan sehingga menyebabkan berlaku pengabaian terhadap tanggungjawab kewangan kepada ahli keluarga dan sebagainya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 45

message user image