Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Saya musykil tentang maksud nama "RAZILA".
Adakah ia mempunyai makna yang sama dengan "RAZILAH"?
Ini kerana, bagi masyarakat di Timur Tengah, Khadijah dan Khadija adalah seerti, Raihanah dan Raihana punya maksud yang sama, begitu juga dengan Aminah dan Amina, serta Fatimah dan Fatima. Malah banyak lagi nama yang bagi mereka tidak berubah makna asalnya walaupun huruf "H" telah digugurkan daripada nama tersebut.
Tidak dapat dinafikan bahawa first name saya ini telah membuat saya berasa sedih dan rendah diri kerana pernah dipersoalkan oleh rakan-rakan sekerja dari Timur Tengah tentang kenapakah ibubapa saya telah memilih nama tersebut untuk diberikan kepada saya ketika saya masih bayi.
Saya amat berharap pihak Tuan/Puan dapat membantu merungkaikan kemusykilan saya ini.
Terima kasih banyak-banyak atas perhatian Tuan/Puan, semoga Allah merahmati kita semua.
Jawapan