BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalam mu'alaikum. Soalan saya, bolehkah kita share link kepada website yang ada gambar wanita tidak bertutup aurat, sama ada muslim atau non-muslim di dalam forum awam? Ataupun link website yang ada memuatkan gambar perayaan agama lain sebagai aktiviti komunitinya?

Tujuan share info ini adalah supaya orang yang bertanyakan soalan ini dapat berbincang dengan keluarganya supaya dapat merancang perjalanan & perbelanjaan, menggunakan info yang tepat dan terkini. Saya cuba mengelakkan daripada mendapatkan link website yang mempunyai gambar berkaitan, tetapi selalunya tidak dapat dielakkan apabila ianya website official.

Contoh ayat: 'From KLIA, take KLIAExpress to KLSentral. The price is about RM55, first train available at 5am, last at midnight (link: abcde.com/info/fare-price)' atau 'The course is about RM20,000 per semester, not including the accomodation, living expense (link: abcde.com/course/financial-fees, abcde.com/foreign-student-guide-brochure.pdf)

 

Contoh keadaan:

1. Ada foreigner perlu datang ke KL untuk tujuan conference, dan tempat tinggalnya di hotel berhampiran KL Sentral. Dia bertanyakan di dalam forum public. Sebagai panduan saya memberitahu, mulanya daripada arrival di KLIA, dia perlu menaiki KLIAExpress, turun di KLSentral. Kemudian, saya memberitahu di mana money-changer, di mana kedai-kedai yang sesuai untuk membeli barang keperluan, membeli s`mkad telefon, restoran yang sesuaikan dengan culturenya jika dia belum dapat membiasakan diri dengan makanan di Malaysia.

Sebagai rujukan kepada harga KLIAExpress, kemudian memberi link gambaran keadaan KLSentral dan jenis-jenis tren, cara pembelian token, tiket etc. Disebabkan tempat tinggalnya berhampiran di KLSentral, saya memberi link kepada 'store directory' NU Sentral supaya dia boleh mengenal kedai-kedai makan yang boleh dia pergi, kedai fastfood jika makanan malaysia tidak sesuai dengan dia, supermarket untuk membeli barang keperluan diri, MRDIY untuk barang elektronik untuk kegunaan tambahan kepada laptop dan lain-lain. Kebanyakkan link ini adalah website official untuk mendapatkan info tepat dan terkini, dan selalunya mempunyai gambar wanita tidak bertutup aurat disebahagian page.


2. Ada foreigner/pelajar bertanyakan tentang universiti di Malaysia, kos sara hidup dan lain-lain di dalam forum public. Sebagai panduan saya memberitahu mengenai harga yuran bagi beberapa universiti yang ditanyakan, bersertakan link kepada brochure beberapa universiti swasta sesuai dengan bidang yang ditanya. Brochure itu mempunyai harga yuran bagi bidang yang ditanya, yuran hostel, kiraan sara hidup tahunan dan lain-lain. Di dalam brochure tersebut, selalunya mempunyai gambar pelajar sama ada lelaki & wanita, bertutup aurat atau tidak. Kadang-kadang, ia juga ada page yang menunjukkan aktiviti sukan, perayaan dan-lain-lain.

Saya turut memberi link kepada cara-cara apply student visa, cara dan requirement untuk membuat bank akaun di Malaysia bagi pelajar asing, cara dan requirement untuk membolehkan dia memandu di malaysia, dan link untuk mencari rumah/unit sewa jika dia berkeperluan. Jika dia meminta, saya turut link kepada catalogue harga supermarket untuk barangan harian. Bagaimanapun, sesetengah website ini mempunyai gambar wanita tidak menutup aurat dan lain-lain.

 

JazakAllahu khairan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Pada asalnya menunjuk atau mengongsi gambar wanita tidak menutup aurat adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, konteks negara kita yang pelbagai kaum dan fahaman menyebabkan gambar wanita tidak menutup aurat mudah dijumpai dan sukar untuk dikawal. Bagi menjawab soalan yang diajukan, dibenarkan berkongsi atau menunjuk gambar wanita yang kebetulan berada dalam satu-satu website atas tujuan kerja atau keperluan adalah dibenarkan selagi ia dikira sopan dan selamat daripada fitnah. Orang yang menunjukkan website tertentu yang berkebetulan ada gambar wanita tidak menutup aurat tidak menjadikan dirinya berdosa.

Berbeza pula keadaan bagi wanita dalam gambar website tersebut. Jika wanita tersebut Muslim dan tidak menutup aurat, maka wanita tersebut menanggung dosa selagi mana gambar tersebut ada dalam website dan tersebar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 40

message user image