BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..... Saya keliru......

Soalan saya....

Saya bernikah dgn isteri saya dahulunya berstatus ibu tinggal anak 4...... 3 lelaki umur antara 20 ke 30 tahun Dan perempuan Masih bersekolah tingkatan 4. Jika isteri saya lebihkan pada anak sampai saya terasa hati Ada kah dia berdosa pada saya atau mcamana ..... Jawapan yg salalu dia bagi anak² dr kecik dah Sama dia... (Saya akur apa kata dia mmg betul) Kadang² Ada selisih faham saya dgn isteri kerana anak²

Jadi saya makan kepastian dr ustaz/ustazah sekianterima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam Islam, pernikahan adalah salah satu jalan untuk menyemai perasaan kasih sayang sesama manusia yang berlainan jantina dalam keadaan yang sah dan halal serta ia juga dapat menyempurnakan ibadah kita kepada Allah SWT. Bagi memastikan perasaan kasih sayang dan matlamat perkahwinan tercapai, Islam telah menetapkan tanggungjawab dan hak yang perlu dilaksanakan oleh sama ada suami ataupun isteri.

Adapun sebagai isteri, salah satu kewajiban yang dia mesti dilaksanakan adalah melayani suami dengan layanan yang terbaik. Melayani suami tersebut mencakupi semua aspek, mulai dari menyiapkan keperluan suami, mentaati perintahnya, menghormatinya hinggalah kepada urusan yang melibatkan hubungan seksual antara suami dan isteri. Isteri yang solihah juga adalah isteri yang patuh pada suami, bijak mengutamakan mana keutamaan yang patut didahulukan dan yang patut dikemudiankan, agar tindakan isteri itu tidak menguris perasaan suami sehingga boleh membawa kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT.

Dalam merungkai pertanyaan tuan serta merujuk juga kepada keterangan di atas, isteri hendaklah bijak dalam mengimbang tugasan, perhatian dan layanannya antara suami dan anak-anak. Isteri sepatutnya mendahulukan layanan dan perhatiannya kepada suaminya, dan dalam masa yang sama dia tidaklah juga boleh mengabaikan tanggungjawab dan perhatiannya terhadap anak-anaknya tersebut. Dalam hal ini, perbincangan dan komunikasi bersama antara suami isteri dan anak-anak adalah amat penting, agar pasangan saling faham memahami tugas dan keutamaan masing-masing serta pasangan dapat saling tegur menegur dan nasihat menasihati secara bersama dan harmoni agar dapat mengelakkan salah faham dan konflik yang semakin parah sehingga membawa kepada masalah yang lebih besar dan kritikal.

والله أعلم بالصواب 

Sekian terima kasih

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 42

message user image