BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ada melafazakan taklik kepada isteri saya pada tahun 2020 yang menyatakan "kalau lelaki tersebut menghubungi isteri saya atau isteri saya menghubungi lelaki tersebut lalu isteri saya tidak memberi tahu saya tentang hal ini, saya ceraikan talak 1". Niat saya melafaz taklik tersebut hanyalah untuk mengugut isteri saya supaya dia tidak berhubung dengan lelaki tersebut tanpa pengetahuan saya. Tiada niat sy untuk betul2 menceraikan isteri saya.

Pada 11 Ogos 2024 sekitar jam 9 malam, isteri saya ada menghubungi lelaki tersebut melalui telefon, dan isteri saya ada memberitahu pada 12 ogos 2024 sekitar pukul 4 pagi yg dia ada menghubungi lelaki tersebut.

Selepas itu, pada 12 ogos 2024 sekitar pukul 10malam, isteri sy ada membuat pengakuan selepas saya bertanya beberapa kali yang dia ada cuba menghubungi lelaki tersebut pada 9 ogos 2024 tetapi panggilannya tidak di sambut oleh lelaki tersebut.

Persoalan saya, adakah jatuh talak terhadap isteri saya? Jika ya, bolehkah saya merujuk kembali isteri saya tanpa perlu ke mahkamah syariah untuk pengesahan lafaz talak?

Terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan:

Lafaz yang tuan ungkapkan iaitu "kalau lelaki tersebut menghubungi isteri saya atau isteri saya menghubungi lelaki tersebut lalu isteri saya tidak memberi tahu saya tentang hal ini, saya ceraikan talak 1", adalah suatu lafaz yang tidak membawa kepada talak secara taklik kerana ungkapan tersebut berbentuk perkhabaran, iaitu sekiranya lelaki tersebut menghubungi isteri tuan atau sebaliknya dan isteri tuan pula tidak memberi tahu tuan tentang perkara itu, maka tuan boleh ceraikannya dengan talak satu. Ini bermaksud, selepas perbuatan itu dilakukan dan suami melafazkan talak atau cerai secara jelas atau sorih, maka ketika itu barulah boleh menyebabkan jatuhnya talak, namun sebaliknya, jika tiada lafaz talak maka tidak jatuh.

Walau bagaimanapun, tuan dan isteri boleh merujuk perkara ini ke Pejabat Agama Islam Daerah berhampiran untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. 

والله أعلم بالصواب 

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 53

message user image