BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

1)rumah saya banyak semut. kadang ada semut yang dah mati atas karpet, bila saya sapu dengan tangan badannya hancur, maka ada sisa sisa anggota badan semut yang tertinggal atas karpet. satu hari, air tertumpah atas karpet tersebut dan bila saya check bahagian karpet yang basah itu, ada sisa sisa badan semut kat situ. adakah bhg karpet yg basah itu menjadi mutannajis memandangkan semut yang mati dikira sebagai bangkai?

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Pada dasarnya bangkai semut dikategorikan sebagai najis, iaitu najis yang dimaafkan. Hal ini kerana semut termasuk dalam serangga yang tidak mengalir darahnya. Menurut ulama Syafi’iyyah bangkai haiwan yang tidak memiliki darah mengalir seperti semut, lalat dan lain-lain jika dalam kuantiti yang sedikit (mengikut adat kebiasaan) maka ia dimaafkan. Berdasarkan kepada persoalan, bangkai semut yang terdapat di karpet yang basah tersebut tidak dianggap sebagai najis dan tidak menjadikan karpet tersebut mutanajjis. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 28

message user image