BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum, saya ingin bertanyakan soalan, apakah hukum jikalau kita ingin membantu orang, tetapi di dalam hati terdapat perasaan inginkan upah, sedangkan kita mengatakan kepada orang yang ingin dibantu itu untuk bantu sahaja tidak mengatakan ingin upah. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أ له وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengharapkan imbalan yang baik selepas melakukan apa-apa kebaikan merupakan keinginan dan lumrah manusia. Setiap perbuatan baik sekiranya diberikan upah maka syarak mengharuskan untuk menerimanya, namun jika tidak diberikan upah maka sebaiknya anggaplah kebaikan tersebut dibalas oleh Allah SWT dengan kedatangan nikmat lain sama ada berbentuk rezeki yang tidak disangka-sangka di dunia ataupun ditunda oleh Allah SWT di akhirat kelak. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 32

message user image